Sabtu, 15 November 2014

Pokok Getah

Pokok Getah
 (
Hevea brasiliensis) ialah pokok dalam famili Euphorbiaceae dan ahli terpenting dalam genus Hevea. Pokok ini penting dari segi ekonomi kerana hasil seperti lateks boleh dikumpulkan dan merupakan sumber utama getah asli.
Secara ringkasnya pokok getah berasal dari negara Brazil. Christopher Columbus ahli pelayaran Sepanyol ialah orang pertama menjumpai getah di Brazil pada tahun 1473 dan beliau telah membawa balik ke Eropah untuk dikaji kegunaannya.Industri getah asli di Malaysia bermula pada tahun 1877 di Kuala KangsarPerak. Anak getah yang ditanam adalah spesis Havea Brasilliensis. Estet getah pertama telah dibangunkan di Melaka pada tahun 1902/1903. Selepas itu keluasan penanaman getah terus berkembang hingga mencapai kemuncaknya iaitu seluas 2.06 juta hektar pada tahun 1979. Pengeluaran tertinggi yang pernah dicapai oleh negara ialah sebanyak 1.66 juta metrik tan iaitu pada tahun 1988.
Pada tahun 1768 kasut getah pertama telah dicipta. Seterusnya pada tahun 1770, Priestly, seorang ahli kimia telah menamakan hasil getah sebagai rubber kerana boleh diguna untuk memadam tulisan pensil. Pada thun 1823, Soloman Mcintosh telah mencipta kain kalis air daripada getah. Charles Goodyeer pula telah memperkenalkan proses pemyulkanan dan seterusnya pada tahun 1846, Thomas Hancook telah berjaya membuat tayar daripada getah asli. Pada tahun 1888, John Dunlop telah berjaya mencipta tayar pneumatik yang lebik selesa daripada tayar padu.
Rekacipta tersebut telah merintis jalan bagi kegunaan getah asli, Apabila kegunaan getah semakin meluas dan permintaan terhadap bahan mentah meningkat, usaha untuk mengembang industri getah asli telah dilaksanakan dengan:-
  1. Usaha membawa 70,000 biji getah dari Brazil ke Kew Garden, London oleh Farris, Cross dan Wickham pada tahun 1876.
  2. Sebanyak 2,000 anak getah telah dapat dihidupkan dalam rumah kaca bersesuaian dengan suhu dan iklim di Brazil.
  3. Sebahagian daripada pokok itu telah dibawa ke Sri Langka dan selebihnya sebanyak 13 pokok dihantar ke Taman Botani di Singapura dan 9 pokok dihantar ke Kuala kangsar.
  4. Pada tahun 1888, H.N. Ridley telah dilantik sebagai Pengarah Taman Botani Singapura dan telah banyak meyumbang dalam pembangunan industri getah hingga digelar Bapa Perusahaan Getah Asli. Antara sumbangan beliau ialah sistem eksploitasi getah dan pisau toreh.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar